{Rant;of a mutarabbi} Rant; of a Mutarabbi: Hijrah

20151106

Hijrah



Assalamualaikum.

So this is my first post since I decided to delete all my previous posts as I am trying to change. So in this entry I'll talk about changing for a better person. Oh and I've deleted everything that reveals my identity hehehe. Decided to keep my identity as a secret.

Maaf kalau hambar, Aku memang tak reti nak buat intro. Seriously. Tapi apakan daya, tangan dah gatal nak menaip. Dah siap dah pun. Kalau nak tahu introduction ni aku buat lepas type isi entry ni Ye, percyalah. Oklah straight to the point, aku nak cakap tentang hijrah.

Apa tu hijrah? Based on sirah, Hijrah ialah perpindahan nabi dan umat Islam iaitu Muhajirin dari kota Mekah dan Kota Madinah. Hijrah memerlukan pengorbanan, misalnya golongan Ansar (penduduk asal muhajirin) yang berkorban untuk menerima golongan Muhajirin. Dan hasilnya, Hijrah telah berjaya membawa kebaikan. Tahun hijrah yang kita guna sekarang dikira berdasarkan penghijrahan tersebut.

Dari sudut amnya, hijrah bermaksud perubahan dari sesuatu yang kurang baik kepada sesuatu yang baik. Nilah yang aku nak cerita.

Terus terang, aku nervous. Aku bukan orang yang selayaknya cakap pasal benda ni. Aku masih muda. Iman aku belum cukup sado. Tapi tak salah mencuba. Kita pun dinasihatkan untuk menyebarkan kebaikan.

So macam yang aku cakap tadi, perubahan. Tak salah untuk kita berubah. Setiap individu yang berperasaan ingin menjadi manusia yang baik, kan?

Tak susah pun untuk berubah. Hal ni tak semestinya berkaitan dengan perkara islamik. Mungkin tentang disiplin? Contohnya, kalau selalu kita pergi sekolah, pergi kelas, pergi kerja lambat. Esok, kita cuba jadi lebih baik. Kita datang tepat pada masanya. Tak susah kan?

Tahu tak kalau kau lambat, orang yang terpaksa tunggu kau pun akan terjejas. Misalnya pengawas. Tanggungjawab dia untuk laporkan kesalahan disiplin. Pastu kau lambat. Tapi kau member dia. Dia tak sampai hati nk report. Dia dah jadi tak amanah. Sebab kau!

Contoh lain. Kalau selama ni kita cuma senyum pada orang yang kita kenal. Apa salahnya kita senyum pada semua orang? Senyum kan sedekah. Percayalah, kalau kau senyum kat orang pagi-pagi, mood dia in shaa allah baik sepanjang hari.

Contoh paling penting. Kalau biasanya kau tak solat. Belajar solat! Kalau selalunya kau solat tak cukup 5 waktu. Cukupkan! Kalau selama ni kau solat 5 waktu tak pernah tinggal. Khusyuk! Kalau solat sentiasa khusyuk, lakukan solat sunat! Jangan kata ok aku dah buat semua. Kita tak pernah sempurna. There's always another level higher then where we're at.

Mungkin ada yang anggap susah untuk berubah kepada yang lebih baik. Yes memang susah. Nak berubah memang susah, memerlukan pengorbanan. Apalah sangat pengorbanan tu kalau dengan sedikit darinya, dapat janjikan tempat untuk kita di syurga?

As a conclusion, kita boleh menjadi seorang yang lebih baik bcs we're capable to do so. Tak semestinya seorang mat rempit yang hari hari bawak motor laju laju bising ganggu orang takkan berada di syurga. Tak semestinya kita yang biasa-biasa ni akan dapat tempat kat syurga. Manusia boleh berubah. Siapa tahu iman kita yang tak kuat ni akan berpaling? Sebabtu kena berhati-hati. Mungkin sekarang kau rasa kau lebih hebat dari diorang. Tak mustahil satu hari nanti kau akan bergurukan mereka.

p/s: tegurlah aku jika ada yang tersilap

0 Shot(s) :

Post a Comment

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.